Saturday, March 16, 2019

Dosa lalu

Berturut aku publish blog
sebab ketagih dahulu muncul kembali

jika anda melihat gambar aku dahulu
pasti anda terdetik 'player budak ini'
dulu aku tak pandai berinteraksi dengan wanita
aku lebih suka mendiam kan diri
dari membuat sebarang perbualan,perbincangan
dengan kawan perempuan
selalu nya, segala jawapan akan diberikan dengan senyuman. tiada sepatah kata, sebaris ayat

aku mula berani bergaul dengan perempuan apabila aku tahun pertama di ukm
pergh! bodo siak
baru nak berjinak² mengayat

aku bukan player, cuma suka caring pada wanita
aku pernah mempermainkan perasaan wanita
seorang wanita
sampai sekarang aku ingat dosa ku ini
buat aku terkesan kerana insan itu jatuh sampai sukar bangun, mengadap realiti

setahun dia tak boleh move on
turun naik
jumpa kaunselor kolej dia
gred dia jatuh
emosi dia terganggu
semua kelaut

macam mana aku tahu?
kawan dia yang report pada aku
diherdik nya aku
melayan kawan nya begitu
aku dengar, layan makian kawan dia
sebab memang salah aku

aku tak cinta dia, cuma aku suka caring pada dia
tak lebih

yang bodo nya, aku pergi declare pada dia
hmm. tu silap nya
test market barangkali

aku pernah minta maaf pada dia pada blog aku terdahulu. blog yang aku da lupa passwordnya

dia ok.dia move on. jadi friend fb aku pn
seronok tengok dia dengan hubby and anak² nya
jika jodoh dia bersama aku
mungkin dia tidak segembira sekarang

walaupun dia da maafkan aku
tapi kenapa dosa ini masih tak luput?
masih berlegar di ruang kotak ingatan aku?
mungkin tuhan nak aku sentiasa beringat
perasaan wanita halus
jangan terlalu mengambil berat
nanti disalah erti dan dihakimi

aku bergelar suami
kalau berjumpa kawan wanita baru
aku takkan sembunyi kan status aku
senang untuk mereka mengerti
bahawa segala butiran yang keluar dari bibir ini
hanya gurauan
dan tidak lebih sebagai kawan

wife sendiri pun tak secure dengan aku
mulut manis
kadang² terlepas dari bibir ni

kira ok la ni
da filter habis
kalau zaman muda dulu, lagi manis aku karang

sekarang da pencen
mungkin aijaz akan mengikut jejak aku
sweet talker

who knows
kakakaka
kamil's junior

Imbauan indah

kadang aku termenung
mata menuju ruang kosong
bukan memikir masalah
tapi mengimbau memori indah

mana pergi Nurni?
kami tiada ikatan cinta bersemi
cuba sahabat sejati
di ruangan yang tiada siapa fahami

hilang jasad nya
hilang bayang nya
kabur jejak nya
di telan masa Nya

aku mencari dia
untuk sesuatu yang dalam
ingin mencipta lebih memori
sebab aku tahu
dia akan hilang lagi

begitu kitaran persahabatan kami
5tahun jumpa kembali

aku rindu kan balas membalas sajak bersama anda!

tak lebih dari itu
aku rindukan hobi yang dulu!

Qisya demam

hari ini ahad
selalu nya aku akan sarap dengan  jiran depan
da lama tak join sarap dengan dia
sejak dia balik dari Japan - company trip dia

hari ni qisya demam panas. mimi dia bagi dia cuti
tak perlu pergi skul. bia baba dia jaga

lepas hantar aijaz, pia, mimi. kami berdua pergi mencari sarapan. dekat rumah, memang aku tak masak. better beli.  aku dengan qisya oder nasi lemak.

kehidupan normal, perjalanan hari normal.
yang jadi tak normal bila satu brother bagi duit dekat qisya rm5

alhamdulillah.rezeki qisya. nasib baik aku sempat ucap terima kasih dan senyum. moga brother tu dimurahkan rezeki. mungkin dia nak berkat dari kanak². mereka tiada dosa

ada sebab aku tidak menolak sedekah tersebut. aku pernah nak bagi sedekah pada makcik kutip tin. dia tolak. aku sedih. aku bukan kesian sebab dia kutip tin. aku bagi sebab aku teringat mak aku di kl

thats why, jangan tolak pemberian orang lain. jaga air muka dia. dia nak cari pahala,berkat

Wolves vs Man Utd - FA Cup

bangun 4am untuk tengok match ni

sampah.semua tak perform. aku tak kisah kalau kalah, tapi bia fight until the last blood

OGS pun bodo, da nampak team tak jalan, cepat² sub player. kanan tak jalan langsung. Dalot?

Pogba da dua match tak perform. tak berani nak left out ke? kalau MOU, sori la. tak perform, duduk bench

final result kalah 2-1

top six yang tinggal, man city

kebarangkalian man city menang, tinggi la ni

memang team man u sekarang, tak ok. thats why aku masih suka kan MOU.

ingat boleh makan wolve ni. shit. apa pun tak boleh