Saturday, March 16, 2019

Dosa lalu

Berturut aku publish blog
sebab ketagih dahulu muncul kembali

jika anda melihat gambar aku dahulu
pasti anda terdetik 'player budak ini'
dulu aku tak pandai berinteraksi dengan wanita
aku lebih suka mendiam kan diri
dari membuat sebarang perbualan,perbincangan
dengan kawan perempuan
selalu nya, segala jawapan akan diberikan dengan senyuman. tiada sepatah kata, sebaris ayat

aku mula berani bergaul dengan perempuan apabila aku tahun pertama di ukm
pergh! bodo siak
baru nak berjinak² mengayat

aku bukan player, cuma suka caring pada wanita
aku pernah mempermainkan perasaan wanita
seorang wanita
sampai sekarang aku ingat dosa ku ini
buat aku terkesan kerana insan itu jatuh sampai sukar bangun, mengadap realiti

setahun dia tak boleh move on
turun naik
jumpa kaunselor kolej dia
gred dia jatuh
emosi dia terganggu
semua kelaut

macam mana aku tahu?
kawan dia yang report pada aku
diherdik nya aku
melayan kawan nya begitu
aku dengar, layan makian kawan dia
sebab memang salah aku

aku tak cinta dia, cuma aku suka caring pada dia
tak lebih

yang bodo nya, aku pergi declare pada dia
hmm. tu silap nya
test market barangkali

aku pernah minta maaf pada dia pada blog aku terdahulu. blog yang aku da lupa passwordnya

dia ok.dia move on. jadi friend fb aku pn
seronok tengok dia dengan hubby and anak² nya
jika jodoh dia bersama aku
mungkin dia tidak segembira sekarang

walaupun dia da maafkan aku
tapi kenapa dosa ini masih tak luput?
masih berlegar di ruang kotak ingatan aku?
mungkin tuhan nak aku sentiasa beringat
perasaan wanita halus
jangan terlalu mengambil berat
nanti disalah erti dan dihakimi

aku bergelar suami
kalau berjumpa kawan wanita baru
aku takkan sembunyi kan status aku
senang untuk mereka mengerti
bahawa segala butiran yang keluar dari bibir ini
hanya gurauan
dan tidak lebih sebagai kawan

wife sendiri pun tak secure dengan aku
mulut manis
kadang² terlepas dari bibir ni

kira ok la ni
da filter habis
kalau zaman muda dulu, lagi manis aku karang

sekarang da pencen
mungkin aijaz akan mengikut jejak aku
sweet talker

who knows
kakakaka
kamil's junior

No comments:

Post a Comment